Monday, April 12, 2010

Duit Adsense - Jangan melanggar TOS Adsense

Kadang-kadang kita kurang arif atau tidak beberapa peka akan Term and Condition Program Google Adsense ni. Biasalah malas nak baca panjang sangat.....tau nak duit adsense saja! he he

Di sini di beberapa kesalahan biasa yg melanggar syarat Google Adsense dan berkemungkinan akaun anda di banned oleh Google.

  1. Jangan klik iklan adsense anda sendiri atau dengan sengaja menyuruh orang klik pada iklan adsense anda. Syarat yang ini semua dah tahu dan jangan memandang rendah kemampuan Google. Mereka sangat bijak mengesan sebarang penipuan yang berlaku. Bye bye pada akaun anda jikalau dapat dikesan melakukan penipuan....
  2. Jangan sesekali menukar adsense kod anda. Gunakan sebaiknya tool yg ada pada akaun Adsense anda seperti menukar warna atau background bagi menghasilkan iklan yang menarik.
  3. Jangan meletakkan lebih daripada 3 ad units dan 3 ad links atau 2 ad search Box pada mana-mana web page anda.
  4. Jangan sesekali mendedahkan maklumat akaun anda seperti jumlah CTR atau CPM. Itu sebabnya kadangkala kita melihat bukti-bukti yang ditunjukkan adalah dengan menutup bahagian-bahagian ini. Ianya menyalahi TOS Google Adsense jika dibiarkan. Walaubagaimanapun jumlah duit tu boleh didedahkan...
  5. Satu akaun untuk semua website anda. Tak kisah jika anda buka banyak akaun pun. Google akan banned kesemuanya jika mereka dapat kesan. Ada caranya bagaimana anda boleh membuka banyak akaun adsense dengan selamat...
  6. Letakkan iklan anda pada page yang ada content sahaja.
  7. Semua sedia maklum email juga boleh menerima format html. Jangan sesekali kita nak mencuba mengemailkan kod-kod adsense tu. Boleh apa! lagi senang dapat klik kan? tapi dengan senangnya juga Google akan dapat mengesan penipuan anda. Tak percaya cubalah...he he.
  8. Jangan mencuri artikel orang lain. Anda akan di banned jika owner tersebut membuat report.
  9. Keyword yang berlebihan atau berulang-ulang. Anda akan dianggap sebagai spammer.
  10. Web site anda jangan mempunyai kandungan cracking/hacking, lucah/porno, perjudian, kasino, MP3, Video atau image yang melanggar hak cipta atau copyright.
Kalau rajin bacalah TOS Google Adsense ini dahulu...
Pelajari kaedah-kaedah yang betul, dan selamat beradsense!